SOALAN LAZIM

Adakah kemudahan asrama disediakan untuk pelajar Kolej Vokasional Gerik?

Asrama disediakan,khususnya bagi murid yang tinggal jauh .

Adakah kemudahan asas diasrama disediakan?

Kemudahan asas disediakan seperti katil, tilam, bantal, air, elektrik , tempat belajar , dewan makan dan lain-lain .

Adakah kebajikan asrama disediakan untuk pelajar di Kolej Vokasional Gerik?

Disediakan seperti sick-bay, ubat-ubatan dan kenderaaan untuk ke hospital.

Adakah biasiswa disediakan?

Diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

Keselamatan pelajar?

Terkawal dengan adanya warden,pengawal keselamatan , CCTV dan lain-lain.

Adakah bantuan makanan asrama disediakan?

Disediakan untuk semua pelajar yang tinggal diasrama.

Bagaimana dengan bayaran yuran makan asrama?

Yuran sebanyak RM1 sehari dikenakan untuk ibubapa/penjaga yang berpendapatan RM 4999 dan ke bawah dan yuran sebanyak RM 3 sehari untuk ibubapa/penjaga yang berpendapatan RM 5000 ke atas.

Bagaimana dengan undang-undang / peraturan di Kolej Vokasional Gerik?

Masih mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM.

Adakah aktiviti ko-kurikulum di Kolej Vokasional Gerik?

Ada dilaksanakan.

Adakah wajib penyertaan bagi aktiviti ko-kurikulum di Kolej Vokasional Gerik?

Wajib, kerana ianya masih lagi dibawah KPM dan 10% untuk kemasukan ke IPT / IPTS

Adakah buku teks di sediakan?

Buku teks tidak disediakan kepada pelajar sebaliknya modul disediakan oleh pensyarah.

Adakah PIBG wujud di Kolej Vokasional Gerik?

Wujud, bagi mewakili ibubapa /penjaga pelajar.

Apakah pakaian rasmi untuk pelajar di Kolej Vokasional?

Mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh KPM.