DASAR , OBJEKTIF , MATLAMAT DAN FALSAFAH

DASAR


  1. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama kolej kecuali dalam kes-kes tertentu.
  2. Meningkatkan kualiti proses P&P, Kokurikulum dan sahsiah diri pelajar berdasarkan ISO.
  3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang ceria, kondusif dan selamat (3K).
  4. Meningkatkan program motivasi dan kebajikan warga kolej.
  5. Meningkatkan tahap profesionalisme semua warga kolej melalui latihan dalam perkhidmatan.
  6. Pelajar yang telah digantung kolej/asrama atau dibuang asrama tidak dibenarkan mewakili kolej.
  7. Menyertai semua pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian, jabatan dan PPD.
  8. Menghasilkan suatu inovasi/rekacipta yang berasaskan P&P bagi setiap bidang yang dapat mengangkat nama kolej di peringkat daerah, negeri dan kementerian.
  9. Mewujudkan suasana kekitaan dan sayangkan kolej di kalangan warga kolej.
  10. Mewujudkan kerjasama erat di kalangan warga kolej. 
  11. Melaksanakan 5S dalam setiap aspek pengurusan kolej.

OBJEKTIF


Bagi merealisasikan objektif kolej , kami bertekad dan berazam untuk:  


  1. Mencapai 100% lulus di peringkat SPM dalam kesemua 13 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,  Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. 
  2. Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam SPM dengan pencapaian sekurang – kurangnya seorang memperolehi 10A.
  3. Meningkatkan prestasi sukan dan kokurikulum dalam sebarang pertandingan dengan menjuarai sekurang-kurangnya 5 acara, juga 5 pelajar/pasukan mewakili daerah ke peringkat negeri dan 2 pelajar/pasukan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
  4. Menjuarai pertandingan 3 unit Beruniform di Peringkat Daerah, 2 di Peringkat Negeri dan 1 di Peringkat Kebangsaan.
  5. Meningkatkan kualiti kerja pendidik dan staf sokongan melalui Program Pembangunan Staf dan Penyeliaan Terancang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
  6. Mengurangkan salah laku disiplin ke tahap 5%, vandalisme pada tahap 1% dan sifar rokok dalam kalangan pelajar.
  7. Memantapkan pengajaran dan pembelajaran guru berdasarkan SKPM Kementerian Pelajaran Malaysia.
  8. Memartabatkan pengurusan sekolah berpandukan Pengurusan Kualiti ISO.

MATLAMAT


Melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan yang tekun, bertakwa, berketrampilan dan berdaya saing, seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek serta mahir ICT berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

FALSAFAH

Berusaha mencapai kecemerlangan dan kesimbangan dari segi intelek, rohani dan jasmani yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan