PENGENALAN KURSUS:
Kursus ini bertujuan untuk membimbing dan melatih, serta membuka peluang kepada generasi baru untuk membangunkan pangkalan data yang lebih efektif dan berguna selari dengan arus teknologi dan pembangunan sistem atas talian yang semakin popular era ini.
Pangkalan Data merupakan perisian yang digunakan khususnya dalam kerja-kerja yang melibatkan penyimpanan data yang banyak. Ia membolehkan kumpulan maklumat yang diprogramkan untuk memudahkan pengguna mencari maklumat tertentu samada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya sahaja. Ia juga melibatkan penyimpanan rekod-rekod maklumat yang boleh diselenggara dengan lebih mudah untuk tujuan capaian data yang lebih cepat.
Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
TEMPOH PENGAJIAN
8 Semester
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori
PELUANG KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pengkalan data dan aplikasi web. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembangun laman web, pembangun sistem pangkalan data , pengurus data, pereka grafik laman web dan penganalisis data.
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan ,perisian multimedia dan laman web.Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik.