DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN


PENGENALAN KURSUS:
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja-kerja merancang dan menyediakan pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerja-kerja pembinaan termasuk kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja penyudahan dan penyerahan bangunan. Lulusan kursus ini akan menerima Diploma Teknologi Binaan.

Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.

TEMPOH PENGAJIAN
8 Semester

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori


PELUANG KERJAYA:
Pelatih yang tamat dengan jayanya  mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja di sektor pembinaan sebagai Juruteknik Teknologi Binaan atau Pembantu Teknik Teknologi Binaan.