POLISI DAN OBJEKTIF KUALITI

POLISI KUALITI

Matlamat Kolej Vokasional Gerik ialah untuk menyediakan program akademik berkualiti tinggi berteraskan kemahiran dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS ISO 9001 : 2008. Objektif kualiti Kolej diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala dikaji semula bagi menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskinikan sejajar dengan visi dan misi Kolej.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Memastikan semua program yang ditawarkan adalah memenuhi kehendak pasaran dan diiktiraf oleh badan profesional atau agensi berkaitan.
  2. Memperluaskan ambilan pelajar kepada pelbagai laluan kemasukan.
  3. Memastikan semua staf mempunyai kelulusan akademik yang sesuai seperti yang ditetapkan mengikut kategori jawatan.
  4. Memastikan semua staf akademik diberi kemahiran dan latihan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  5. Memastikan setiap staf diberikan latihan yang berterusan bagi meningkatkan profesionalisme, ketrampilan dan potensi diri masing-masing.
  6. Melahirkan graduan yang berketrampilan (competent) dan berdaya saing yang tinggi dalam bidang Kemahiran  dan Teknologi.
  7. Menyediakan kemudahan infrastruktur, persekitaran kampus dan peralatan yang mencukupi mengikut norma yang dipersetujui dan yang ditetapkan untuk tujuan program akademik.