DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN


PENGENALAN KURSUS:
Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang semua kaedah dan teknik kedudukan mengimpal serta proses kimpalan yang meliputi teknik kimpalan arka dan teknik kimpalan gas arka dan kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal. Pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan prinsip pemeriksaan kimpalan iaitu ujian musnah dan tanpa musnah.

Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.

TEMPOH PENGAJIAN
8 Semester

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori


PELUANG KERJAYA:
Juruteknik kimpalan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Pusat Latihan Awam dan swasta.