DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
- Memastikan semua proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna pada setiap waktu persekolahan.
- Memberi peluang yang maksimum kepada pelajar-pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada diri mereka bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
- Berusaha meningkatkan kualiti prestasi akademik dan kokurikulum dari masa ke semasa sesuai dengan keperluan negara.
- Mencipta dan menjamin suasana iklim dan persekitaran kolej yang bersih ceria dan selamat.
- Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan cekap kepada kehendak dan keperluan pelajar, ibubapa, masyarakat, Jabatan dan Kementerian.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran membina daripada semua pihak.
- Membina dan melahirkan insan yang mulia melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
- Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi semua pelajar.
- Menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat dan memantapkan kerjasama demi kebaikan dan kemaslahatan bersama.