PENGENALAN KURSUS:
Kursus ini memberi tumpuan kepada kemahiran masakan, praktikal amali dan latihan teori dalam semua bidang pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan kemahiran gastronomi sebenar dan pengetahuan tentang penyediaan makanan, keselamatan dan persembahan yang diperlukan untuk masuk ke dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperoleh kemahiran yang penting dalam masakan kraf, organisasi dan pengurusan, termasuk pesanan stok, penjadualan, kos barangan dan berurusan dengan pembekal.
Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
TEMPOH PENGAJIAN
8 Semester
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori
PELUANG KERJAYA:
Prospek adalah luas dan tidak terbatas. Graduan boleh menjadi pakar dalam pastri & bakeri, makanan laut chocolataire atau menjadi pengkritik makanan, pengarang dan lain-lain bidang masakan.