18 Febuari 2019 telah diadakan tiga majlis yang berlangsung pada masa yang serentak itu.
Watikah Pelantikan MPP , Bantuan Awal Persekolahan RM100 dan Program Jom Ke Sekolah
Majlis jom ke sekolah telah dirasmikan oleh Tn. Zulkifli Bin Buang. Ketua Polis bahagian daerah Gerik. Pada acara perasmian, Inspektor Tn. Abdul Samad Bin Ahmad dari Ketua Polis Negara serta menyebut serba sedikit tentang jenayah semasa.
Majlis kemudian disusuli dengan Watikah perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) bagi sesi 2018/2019. Seramai enam belas Pelajar yang berjaya menggalas jawatan tersebut. Penyampaian Sijil Watikah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Gerik. En. Kamal Bin Mat Sabri, diiringi oleh Tn. Haji Ashri Bin Othman.
Majlis Bantuan Awal Persekolahan RM100 merupakan acara terakhir untuk perhimpunan ini. Batuan Awal Persekolahan RM100 diadakan bertujuan untuk meringankan beban bagi mereka yang tidak berkemampuan dan pendapatan isi rumah yang rendah. Seramai 11 wakil dari setiap kursus menerima bantuan RM100 ini. Majlis in disempurnakan oleh Pengarah Kolej Vokasional Gerik Tn. Kamal Bin Mat Sabri.