Kangaroo Math Competition Malaysia 2015

26 Mac 2015 seramai 10 orang pelajar Kolej Vokasional Gerik telah terpilih untuk menyertai Kangaroo Math Competition Malaysia 2015. 10 Pelajar ini terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam PT3 bagi matematik. Pelajar ini bertanding bagi kategori Junior. Pertandingan ini menguji IQ dan kemahiran matematik pelajar. Pelajar tidak dibenarkan mengunakan kalkulator semasa pertandingan. Keputusan pertandingan dijangka akan diumum pada bulan Mei. Semoga peserta akan berjaya memperolehi pingat emas, perak dan gangsa bagi pertandingan ini.
Terbaru Lebih lama