Kejohana Bowling PESKAT 2014


17 Ogos 2014 telah berlangsung Kejohana Bowling PESKAT 2014 bagi Negeri Perak. Kolej Vokasional Gerik bertindak sebagai tuan rumah bagi PESKAT tahun ini. Pertandingan telah diadakan di Ampang Bowl Ipoh Perak. Bagi tahun ini Kejohana Bowling melibatkan 2 sesi yang melibatkan kategori Lelaki, Perempuan dan VIP. Pertandingan pada sesi pertama telah berlangsung pada sebelah pagi yang dimulaikan pada pukul 10.30 dan berakhir pada pukul 1.30. Manakala sesi petang bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Pada tahun ini KV Gerik selaku tuan rumah telah menghantar 2 pasukan lelaki dan perempuan serta 1 pasukan VIP. Walaupun tidak mendapat tempat selaku pemenang , dapat dilihat semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh semua wakil pasukan bowling KV Gerik. Kepada yang berjaya Tahniah . Kami memohon maaf jika ada salah dan silap semasa menjadi menganjur pada tahun ini.
Terbaru Lebih lama