Jamuan Raya Kelab Guru dan Staff

20 Ogos 2014 telah berlangsung Jamuan Raya anjuran Kelab Guru dan Staff. Majlis ini telah diadakan pada sebelah malam pada pukul 8.30 malam dihadiri oleh semua warga guru dan staff bersama keluarga. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Kelab Guru dan Staff. Semoga program ini mengikat silaturahim dikalangan warga  Kolej Vokasional Gerik. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi kelab staff dan diikuti pengarah dan diteruskan dengan majlis makan . Majlis berakhir dengan majlis pemberian duit raya kepada anak- anak guru dan staff. Semoga program ini akan diteruskan dimasa akan datang.
Terbaru Lebih lama