Sambutan Hari Guru 2014


16 Mei 2014 telah berlangsung Sambutan Hari Guru 2014. Majlis ini dianjurkan oleh badan pengawas. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru dengan diiringi kompang . Diikuti oleh ucapan pengerusi kelab guru dan staff, wakil pelajar, pembacaan perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Timbalan Pengarah Akademik dan diakhiri dengan ucapan pengarah KV Gerik. Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar pra sekolah, wakili pelajar dan guru. Pada tahun ini KV Gerik telah didatangi oleh wakili PPD dan guna wakil Puteri UMNO yang bersama - sama meraikan Hari Guru.Majlis turut dimeriah dengan permainan sukaneka, bola tampar dan pantique. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang dengan upacara penyampaian hadiah. Majlis disambung pada malam hari dengan barbecue.