Majlis Perpisahan Guru

Pada 16 Mei 2014 turut diadakan Majlis Perpisahan Kepada Guru Bahasa Inggeris En. Syamsul Ariffin B. Mohd Idris. En Syamsul Arrifin B. Mohd Idris bertukar jawatan Ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak . Beliau telah mengikut jejak mantan pengarah sebelum ini bagi jawatan di PPD. Walaupun beliau berkhidmat kurang daripada 2 tahun , banyak jasa dan bakti beliau kepada Kolej Vokasional Gerik. Kehilangan beliau dari Kolej ini sangat dirasai oleh semua warga kolej. Kami warga kolej berharap beliau akan berjaya di tempat yang baru.