SYARAT KEMASUKAN




PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

SYARAT UMUM 


  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2019 yangmerangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan danKokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3);
  4. Calon sihat tubuh badan;
  5. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit ataupenyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerjapraktikal dan amali;
  6.  Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  7. Calon bebas daripada masalah mental; dan
  8. Calon berminat dengan program dipohon.

              SYARAT KHUSUS :


              1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayudan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Keputusan PT3) ; dan
              2. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi mata pelajaranBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi /Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD.




              DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


              SYARAT UMUM 


              1. Calon adalah Warganegara Malaysia
              2. Calon Lulus Sijil Vokasional Malaysia
              3. Calon sihat tubuh badan
              4. Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
              5. Calon berminat dengan program dipohon


              SYARAT KHUSUS :


              • Lulus BM KV 1104
              • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik 2.0 
              • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Vokasional 2.67
              • Kompeten Semua Modul Vokasional
              • Kompeten Modul Employability Skill