JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Sejarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermula pada Januari 2014 dengan tertubuhnya Kolej Vokasional Gerik

Secara keseluruhannya , Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah sebuah gedung ilmu yang mengumpulkan ahli-ahli akademia, pentadbir, ahli teknologi serta pelajar yang berdedikasi untuk kecemerlangan akademik dan penyelidikan bagi seluruh spekturm dunia Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.


VISI

Meneroka aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk pembangunan negara.

MISI

Melahirkankan graduan yang kreatif, inovatif, kompetan dan bertanggungjawab melalui program akademik sejajar dengan misi universiti.


OBJEKTIF
  1. Melahirkan graduan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang memenuhi keperluan industri.
  2. Melaksanakan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat secara aktif.
  3. Meningkatkan kamiharan dan pengetahuan masyarakat dalam bidang ICT.
  4. Menyediakan prasarana ICT yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.



OBJEKTIF KUALITI

  1. Jabatan memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 65% selepas enam (6) bulan bergraduat.
  2. Jabatan melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 geran penyelidikan, 30 penerbitan dan 2 penerbitan dalam setahun.
  3. Jabatan melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti kemasyarakatn bagi tujuan pemindahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT setiap tahun.
  4. Jabatan memastikan nisbah komputer kepada pelajar adalah sekurang-kurangnya 1:3.




PROGRAM AKADEMIK

  1. Diploma Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
  2. Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian



KERJAYA DALAM BIDANG SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Berikut adalah antara kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat :

1. Pengaturcara

Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa pengaturcaraan. Anda tidak perlu mahir semua bahasa pengaturcaraan tetapi pemikiran logik serta algoritma perlulah tinggi berserta dengan kemahiran insaniah yang tinggi (soft skill) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (Bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian

Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA Certificate, Linux Red Hat Certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel  dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat  . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.



KETUA JABATAN



HUBUNGI KAMI

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kolej Vokasional Gerik
KM4, Jalan Kuala Rui,33300 Gerik
Perak Malaysia