JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal memulakan pengoperasiannya pada tahun 2015.
Sehingga Sesi Jan 2015, jabatan ini mempunyai tenaga pengajar seramai 3 orang jawatan yang telah diluluskan. Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal menawarkan Program Diploma Teknologi  Kimpalan.

Misi utama Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam sektor awam dan swasta.

JTKM  mempunyai bengkel dan  makmal yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini disediakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan amali bagi meningkatkan ketrampilan dan memperdalamkan lagi kefahaman pelajar dalam bidang masing-masing.


Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus-kursus, tazkirah, mesyuarat dan program kebajikan bagi memenuhi visi dan misi jabatan.

JTKM sentiasa menitik beratkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang telah dijalankan.

VISI

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

MISI

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.