JABATAN PERNIAGAAN

PENGENALAN

Jabatan Peniagaan dibentuk pada tahun 2014, Jabatan Peniagaan menawarkan Program Diploma Pengurusan Perniagaan, Pemasaran dan Perakaunan . Segala kursus yang ditawarkan oleh Jabatan ini adalah saling menjadi pelengkap di antara satu sama lain.

Kepelbagaian kepakaran tenaga akademik dan teknik penyampaian yang mengabungkan teori dan amalan membolehkan para pelajar Jabatan Peniagaan meneroka pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memahami isu-isu keusahawanan, perniagaan dan kewangan. Kemahiran ini sangat berharga kepada pelbagai karier, termasuk dalam bidang keusahawanan, kewangan, pengurusan dan pekerjaan-pekerjaan lain sama ada di sektor swasta atau sektor awam. Ia turut menyediakan asas kukuh kepada pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana keusahawanan, perniagaan dan pengurusan sama ada program pengajian yang bersifat umum ataupun khusus.

VISI

Menjadi Jabatan peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan dan perniagaan.

MISI

Memperkasakan ilmu keusahawanan dan perniagaan serta melahirkan graduan bercirikan keusahawanan berprestasi tinggi untuk pembangunan masyarakat dan negara.

OBJEKTIF


  • Meneroka dan mengembangkan ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara;
  • Melahirkan graduan bercirikan keusahawanan (entrepreneurial graduates) yang beretika, mempunyai nilai-nilai murni, berpengetahuan dan berkemahiran, berdaya maju, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta berupaya menyumbang kepada pembangunan negara;
  • Menyediakan latihan dan kemahiran keusahawanan dan perniagaan bagi melahirkan graduan yang kompeten dalam sektor yang berkaitan dengan penghasilan modal insan untuk pembangunan negara; dan
  • Membina jaringan dan perkongsian bestari dengan organisasi dalam dan luar negara yang terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

TERAS NILAI

  • Berciri Usahawan (Berdikari, Pro-Aktif, Kreatif, Inovatif, Dinamik, Kental, Berani Mengambil Risiko, Perintis).
  • Profesionalisme (Kesarjanaan, Komited, Kecemerlangan, Satu Tujuan, Menghormati Rakan Sekerja, Kerja Berpasukan, Bersegera Dalam Urusan).
  • Berintergriti (Bertanggungjawab, Amanah, Hormat, Jujur, Ikhlas, Keterbukaan, Jati Diri).
  • Berfokuskan Pelanggan (Khidmat Pelanggan Cemerlang, Mendukung Tanggungjawab Sosial, Dedikasi, Perkongsian, Mesra dan Endah).