JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Awam ditubuhkan pada tahun 2015 dan diketuai oleh Mohd Noh Bin Ahamad selaku Ketua Jabatan. Bilangan pensyarah ialah seramai  9 orang . Jumlah pelajar terkini ialah seramai 53 orang. Jabatan Teknologi Awam menawarkan satu program iaitu Diploma Teknologi Pembinaan.

Kemudahan yang disediakan di Jabatan Teknologi Awam termasuklah Bengkel Kerja Kayu,Bengkel Konkrit dan Kerja Bata dan juga Bengkel Kerja Paip. Setiap bengkel dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi. Selain itu Jabatan Teknologi Awam juga menyediakan ruang khas PDP yang kondusif serta kawasan ruang rehat pelajar yang selesa.


VISI

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

MISI

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.