PENGENALAN
Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan ditubuhkan pada tahun 2015 . Program pengajian yang ditawarkan di jabatan ini seperti yang disarankan oleh industri dan selaras dengan kepentingan industri negara.
Program yang ditawarkan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Kolej Vokasional ialah Diploma Bakeri dan Pastri dan Diploma Seni Kulinari .
Visi
Menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dan progresif serta mampu melahirkan pelajar yang berpengetahan, kompeten, memiliki nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab serta kreatif selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Gaya Pembelajaran
Ianya berpusatkan kepada pelajar iaitu untuk menyediakan terhadap perhatian dan kebebasan pelajar bagi tujuan pembangunan pendapat dan kreativiti didalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi.
Disamping itu juga, penekanan terhadap Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning System) juga turut di terapkan didalam kelas untuk melatih para pelajar agar dapat menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah melalui belajar kendiri dan disiplin diri.
Pengenalan kepada Kemahiran Pembelajaran Secara Kritis dan Kreatif juga diamalkan agar pelajar berpeluang untuk memberikan pendapat dan pandangan, membuat sesi perbincangan dalam memberikan idea-idea untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.