INFO PROGRAM


  • Program ini merangkumi dua (2) tahun tiga (3) bulan di peringkatsijil (termasuk On The Job Training)
  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  •  Murid yang dianugerahkan SVM dan memenuhi syarat kemasukan,layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di KolejVokasional
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, KementerianPendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur




Teknologi Kimpalan 

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik,
pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba,
lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di
samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Pembinaan 

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan
didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,
keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Seni Kulinari 

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan 
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, 
roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan 
makanan

Bakeri dan Pastri 

Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. 
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru 
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Pengurusan Perniagaan 

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, 
komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.


Pemasaran

Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, 
promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan 
hasil jualan syarikat.

Perakaunan

Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan 
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa 
tentang prestasi syarikat.

Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian 
dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping 
pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan 
data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara 
atau User Interface (UI)