28 Mac 2015 atas jemputan Mara Negeri Perak seramai 30 orang pelajar dan 5 orang pensyarah Kolej Vokasional Gerik dari Jabatan Bisnes dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah bertandingan di Halal Park Tambun bagi mengikut Karnival Pendidikan dan keusahawan Mara 2015. Di kanival ini pelajar telah mengikut seminar keusahawan yang di sampaikan oleh Dato Fazli yang membincankan Trend perniagaan terkini. Selain itu pelajar turut didedahkan dengan peluang pendidikan dan juga berinteraksi dengan IKS tempat di booth yang disediakan. Semoga hasil daripada menyertai Karnival Pendidikan dan Keusahawan Mara 2015 dapat membuka mata pelajar peluang yang terbuka luas di bidang keusahawanan. Melalui karnival ini pensyarah - pensyarah KV Gerik juga dapat bertukar pendapatan dengan Kolej Kemahiran.