Majlis Bertemu Pelanggan Kali Ke -2

11/7/2014 telah diadakan Majlis Bertemu Pelanggan Kali Ke-2. Majlis ini bermula 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Majlis dimulakan dengan perasmian oleh YDP PIBG sebelum diteruskan dengan ceramah SARA Ibubapa. Pada majlis ini juga pelajar tingkatan 5 yang menunjukkan pencapaian akademik yang baik diberikan hadiah. Majlis diakhirnya dengan sesi bertemu ibubapa dan guru bagi membincangkan masalah dan keputusan pelajar. Ternyata sambutan daripada ibubapa adalah mengalakkan dan wajar majlis ini diteruskan pada masa hadapan.