Hari Bertemu Pelanggan, Hari Anugerah & Mesyuarat Agung PIBG

Hari Bertemu pelanggan, hari anugerah kecemerlangan dan mesyuarat agung PIBG telah diadakan pada 21/3/2014 dirasmi oleh Y.B. Dato'Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik. Majlis dimulakan pada seawal 8.30 pagi untuk program hari bertemu pelanggan, dimana ibubapa berpeluang bertemu dengan pensyarah bagi mengetahui status terkini pelajaran anak mereka. Majlis diteruskan dengan perasmian oleh Y.B. Dato'Hasbullah Bin Osman dan diikut penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar menunjukkan pencapaian yang baik untuk peperiksaan akhir tahun 2013 dan juga pelajar pelajar terbaik SPM 2013. Majlis kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG bagi pembubaran dan pelantikan AJK baru dan juga membahas usul yang dikemukan oleh ibubapa kepada pihak Kolej. Semoga program ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakan lagi permuafakatan antara pihak kolej dengan ibuabapa.
Terbaru Lebih lama