Pendaftaran Pelajar Baru



Tahniah diucapkan kepada pelajar baru Tahun Satu sesi 2014 yang telah mendaftar pada 20 Januari 2014 yang lalu. Sesi pembelajaran tahun ini mebuka lembaran baru sejarah Kolej Vokasional Gerik apabila kali pertama Kolej Vokasional Gerik.

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pelajar mengambil nombor giliran di kaunter pendaftaran.Pada jam 9.00 pagi tayangan video koperat KV Gerik telah ditayangkan kepada ibubapa yang hadir di dewan Besar. Seterusnya taklimat pengarah Kolej Vokasional Gerik yang telah menerangkan tentang kolej dan program diploma di KV Gerik. Seterusnya ucapan oleh wakil penjaga pelajar baru dan upacara simbolik iaitu wakil penjaaga telah menyerahkan anak pokok kepada Pengarah Kolej yang membawa maksud ibubapa menyerahkan anak-anak mereka kepada kolej untuk dididik dan diasuh sehingga menjadi seorang yang berjaya. Diharapkan dengan adanya keluarga baru KV Gerik ini akan menjadikan KV Gerik lebih gemilang

Searamai 130 orang pelajar tahun 1 telah mendaftar pada majlis tersebut.
Terbaru Lebih lama