Kejohanan Merentas Desa KV Gerik



22 Feb 2014 - Kolej Vokasional Gerik telah menjalankan program Kejohan Merentas Desa KV Gerik. Program ini dulu dikenali Larian SEMETRIK dan merupakan aktiviti  tahunan yang akan dijalankan oleh pihak Kolej. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 dan Pelajar Tahun Pertama Kolej Vokasional.

Program ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi , dimana pelajar telah berkumpul di hadapan surau Kolej Vokasional Gerik untuk aktiviti memanaskan badan. Acara Merentas Desa bermula pada pukul 8.30 pagi , dimana pelajar dikehendaki berlari sejauh 3 KM. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Unit Polis Traffik Gerik.

Terima kasih kepada semua warga pensyarah dan Staff  Kolej Vokasional yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Program tamat pada pukul 10.30 pagi dimana upacara menyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

Kepada pelajar yang menang diucapkan Tahniah. Kepada pelajar yang kalah teruskan perjuangan anda dengan semangat ke sukanan yang tinggi.
Terbaru Lebih lama